Selamat Datang dan Terima Kasih :D

Tuesday, 10 March 2015

Tasyarul Shahmi Bin Hisham


  ANDA NAMPAK APA YANG BERWARNA PUTIH DI BELAKANG? Haa nilah yang saya nak ceritakan pengalaman saya di Poli ni. satu malam tu heboh kot satu poli pasal gambar ni yang ada 'something special' maybe kat gambar tu. hahahaha :D sejak cerita ni semua menjadi ketakutan. jeng jeng jeng!

  ada satu malam ni saya baru balik dari training futsal dalam pukol 12 tengah malam macamtu so sampai bilik mestila main phone dulu kan. main punya main punya main punya main phone tu dah pukol 1 lebih. nak pulak masa tu rasa nak berak so stop lah main phone then berak. ada satu pepatah kan yg berbunyi 'alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan' so saya terus lah nk mandi. kalau tk rasa nk berak mmg tade nya nak stop main phone tu. faham faham laa lelaki pujaan. cehh haha .

  kat setiap aras kamsis ada 2 bilik air di hujung sudut so saya pergilaa bilik yg belah kiri dr bilik saya sebab saya selalu mandi situ walaupun bilik air tu TAKDA LAMPU! saya pon dgn tenang pergi kearah bilik air then kawan saya bertanya 'berani ke mi?' haha saya just buat muka simple masuk bilik air. time nak berak tu saya terus tibe tibe rasa something yang buat tk sedap hati and saya ada dengar smething weird. apalagi, saya lari terus ke bilik air lg satu. haha takut punya pasal.

  POLI ni memang seram bagi saya tapi saya dah anggap biasa daa sbb sem 1 pon saya pernah kena kacau dgn makhluk tu and pernah jugak ternampak makhluk itu. jadi itulaa cerita saya untuk post ini, Sekian ASSALAMUALAIKUM.

Monday, 9 March 2015

Semasa saya sem 1, satu pengumuman dari bilik fellow mengatakan malam ini ada selection futsal untuk poli Pahang. Saya dan kawan-kawan saya bergegas ke komplek sukan untuk pergi ke selection tersebut. Saya dan kawan saya berjya mendapat tempat dalam slot Poli pahang. Bila dah mula training saya berkenalan dngan abang abang senior di poli ini bersama poli metro dan polisas. Kemudian coach memberitahu kami bahawa, Poli Pahang akan pergi ke circuit di Usim, dan pada masa itu coach hanya inginkan 13 orang sahaja sedangkan yang pergi training kesemuanya 20 orang. Alhamdulillah saya terpilih dari tiga belas tersebut. Kemudian semasa di usim saya berasa bangga kerana dapat bermain bersama Poli Pahang kerana saya main atas nama negeri Pahang. Kemudian semasa game saya tidak percaya coach bagi saya main super5 sedangkan saya player baru sem1. Saya macam tidak percaya kerana budak baru berjaya bermain first 5 dan saya bangga kerana coach percaya dengan saya. Detik sebelum bermain abang abang senior tegur. dia kata bahawa " Kau lah salah satu student dan first time sem 1  ataupun budak baru dapat main first5." Pada masa itu saya rasa bangga sangat. Alhamdulillah game tersebeut Team Poli Pahang menang 12-2. Tahap saya dengan Poli Pahang memang berbeza kerana saya bermain dengan poli Pahang banyak kali menang. Contohnya game futsal antara daerah Kami bawa nama Muadzam Shah dan berjaya mendapat tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Sekian Terima kasih.

Wednesday, 4 March 2015

                           Poli Biz Mall
         Muhammad Ameir Zafran Bin Gunawan
      Politeknik menganjurkan polly bizz mall untuk melatih pelajar dalam bidang keusahawanan. Program ini terbuka kepada semua pelajar terutama pelajar yang mengambil kos keusahawanan dan perniagaan.

      Dalam projek ini saya dan segelintir rakan kelas mengambil bahagian. Kumpulan kami berbincang untuk menjual aiskrim pasu, cheezy lekor dan air cozy. Nama Gerai kami ialah gerai “ CIK KIAH RANGGI “ Apa yang special ialah ais krim pasu kami. Laku sehinggakan saya terpaksa ulang alik ke bandar untuk beli ais krim dan pasu. 

     Tidak sangka gerai kami menang kerana gerai paling laku. Berbaloi dengan hasil titik peluh kami. 



Berenang di Swimming pool bersama rakan-rakan
(Muhammad Ameir Zafran Bin Gunawan)
Saya dan rakan-rakan sering bermandi di swimming pool politeknik muadzam shah jika ada kelapangan. Dengan cara ini dapat merapatkan tali persahabatan antara kami. Kadang-kadang kami akan membuat 'Effel Tower'. Swimming pool ini dijaga dengan bersih dan kemas.


Video di atas ialah saya dan rakan-rakan

Kenangan Terindah Di Politeknik Muadzam Shah
(Muhammad Ameir Zafran Bin Gunawan)

TARIKH: 28 FEBUARI 2014
 TEMPAT: RESIDENCE INN CHERATING,
                 PAHANG
 
Pada 28 Febuari dan 1 Mac 2014 kelas DPM 2B menganjurkan Program Jalinan Kasih yang bertempat di Residence Inn Cherating, Pahang. Kelas kami menganjurkan program tersebut untuk menyelesaikan projek akhir Pengurusan Dalam Islam. 
Program ini melibatkan semua pelajar kelas dpm 2B kerana penilaian pemarkahan setiap individu dari segi kerjasama setiap pelajar. Kumpulan kami mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukaneka dan BBQ.